Friday, January 14, 2011

pendapat anda??

petikan ni kami dpt dari BicaraMuslim.com di mana ia mengatakan sosej adalah haram dimakan.


JABATAN Perkhidmatan Haiwan (JPH) mendedahkan tiada satu pun pembekal 'sarung dan kulit' sosej dari luar 
negara diiktiraf dan disahkan halal dimakan oleh pengguna Islam di negara ini. Ia sekaligus menunjukkan sosej yang diimport dan dijual secara meluas di pasaran, kini boleh dipersoal  serta diragui 'kesuciannya'.  Pengarah Bahagian Kesihatan Awam Veterinar JPH, Dr. Mohd Kamaruzaman Mohd Sharif berkata, pihaknya memang tidak mengiktiraf sarung atau kulit sosej yang diimport.  "Memang benar, sehingga kini JPH tidak pernah mengesah  atau mengiktiraf sarung sosej import sebagai halal.  Kalau benda yang tidak halal untuk dimakan tetapi dimakan juga, maka haramlah jadinya," katanya pada  Utusan Malaysia. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.  Sosej adalah makanan daripada daging cincang dan dipadatkan dalam bentuk ketulan tertentu. Sarung atau  'casing' tersebut dibuat daripada sumber haiwan yang lazimnya melibatkan usus bebiri atau kambing. Sarung berkenaan diperlukan bagi membentuk sossej tersebut. Selain itu, terdapat juga sarung sosej yang diperbuat  daripada 'kolagen' iaitu lapisan protein yang boleh didapati daripada kulit binatang. Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia  (PPIM) ketika dihubungi mahu semua pihak terutama  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi  perhatian serius kepada isu sarung sosej ini kerana ia  adalah antara makanan kegemaran masyarakat Islam. Menurut koordinator projek PPIM, Noor Erwandy Mohd Noor, walaupun sumber haiwan yang digunakan adalah  lembu atau kambing, namun jika ia disembelih tanpa  mengikut syarak maka hukumnya boleh dipertikaikan.  "Orang Islam jangan ambil mudah bab halal haram ini kerana makanan yang diambil akan menjadi darah daging kita. PPIM kesal kerana semakin hari, semakin ramai orang Islam ditipu... tempoh hari ayam dicampur babi  dalam satu stor, lepas itu kita mengesan kuih bulan  mengandungi babi, kini sosej pula dibuat menggunakan sumber haram," katanya. 



 jadi, kami ingin menghasilkan produk sosej yang diyakini halal kerana bahan-bahan yg digunakan adalah halal dan tidak melibatkan bahan yang haram dimakan di samping menggunakan sayuran sebagai bahan utama untuk menjadikan sosej kami lebih berkhasiat.

2 comments:

  1. So itu dah jadi salah satu objektif penghasilan produk kumpulan awak. Menghasilkan sosej sayuran bersos yang halal, berkhasiat dan boleh di makan tanpa was was.

    Dengar cerita kebanyakkan sosej yang dihasilkan diluar negara menggunakan usus khinzir wallahualam.

    ReplyDelete
  2. yup tol 2 pn...kalo tgok blk agak xbes la cara omputih wat..kami akan cube ag tok dpt yg terbek dr projek akhir ni...

    ReplyDelete